Apple Mula Menggunakan Google Untuk Carian Web Melalui Siri

Apple Mula Menggunakan Google Untuk Carian Web Melalui Siri

Diterbitkan pada Sep 26, 2017 oleh .

Apple hari ini telah mula menawarkan kemaskini untuk pengguna Siri dan Spotlight pada iOS dan macOS, dimana melalui kemaskini baru ini, mereka menggantikan enjin carian Bing dengan enjin carian Google.

Dengan perubahan ini, Apple mengatakan ia akan memberikan pengalaman carian yang selari seperti mana pada Safari. Untuk makluman, Safari menggunakan Google sebagai enjin carian utama, tetapi pada Siri dan Spotlight, ia menggunakan enjin Bing.

Buat masa ini, hanya carian web sahaja menggunakan Google, sebaliknya Bing digunakan untuk carian imej, dan Youtube untuk carian video.

Seperti ramai sedia maklum, enjin carian Google sering memberikan hasil yang lebih relevan berbanding Bing, dan perubahan ini semestinya menguntungkan para pengguna dalam mendapatkan informasi yang lebih relevan dengan lebih pantas.


TIPS & ULASAN