Samsung Bakal Menyertakan Cip Kecerdasan Buatan Pada Pemproses Mereka

Samsung Bakal Menyertakan Cip Kecerdasan Buatan Pada Pemproses Mereka

Diterbitkan pada Sep 26, 2017 oleh .

Kecerdasan buatan kini dilihat semakin penting dalam mempercepatkan urusan harian. Pembantu maya kecerdasan buatan boleh memberikan maklumat terkini jalan raya, kelewatan jadual pesawat dan memberikan saranan tempat makan tanpa perlu disoal. Tetapi kesemuanya masih agak perlahan pada waktu ini. Oleh itu cip khas yang kecerdasan buatan akan mempercepatkan proses ini tanpa bergantung kepada storan awanan.

Samsung Exynos 9

Menurut laporan Korea Herald, Samsung bakal menyertakan cip kecerdasan khas pada pemproses keluaran mereka di masa hadapan. Ini adalah jawapan Samsung kepada cip NPU yang digunakan pada pemproses Kirin 970 keluaran Huawei. Kirin 970 ialah cip pertama mempunyai NPU bagi menguruskan kecerdasan buatan dan akan digunakan pada peranti Huawei Mate 10. Selain Samsung, Apple turut dilaporkan membangunkan cip yang sama untuk peranti mereka.


TIPS & ULASAN