Cari @ Amanz

Aplikasi pemesejan paling popular dunia WhatsApp telah dihalang sepenuhnya di China. Kerajaan China dikesan mula menghalang penghantaran gambar dan audio sejak rabu sebelum menghalangnya secara menyeluruh hari ini. Tindakan menghalang ini adalah satu lagi langkah kerajaan China untuk menghalang kebebasan rakyatnya untuk berhubung tanpa dipantau.

WhatsApp

Halangan perkhidmatan ini terlebih dahulu dikesan oleh Nadim Kobeissi‏ seorang penganalisa yang bertugas di Symbolic Software. Sebelum ini China telah menghalang perkhidmatan VPN. Pemilik peranti pintar di Xinjiang pula diwajibkan memasang perisian pemantauan kerajaan pada peranti mereka atas sebab keganasan. Kegagalan memasang perisian pemantauan ini akan menyebabkan mereka dipenjara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd