Cari @ Amanz

Tinggal kurang sebulan sebelum Huawei Mate 10 dilancarkan secara rasmi Munich. Ia belum lagi dilancarkan tetapi pihak Huawei cukup yakin ia adalah peranti yang lebih baik berbanding iPhone X dan Samsung Galaxy Note 8. Ini adalah kerana penggunaan cip Kirin 970 dengan NPU yang mempercepatkan sistem kecerdasan buatan.

Imej promosi Huawei Mate 10 tertiris ke arena web hari ini menunjukkan rekaannya serta beberapa spesifikasi kamera. Menarik dengan imej yang tertiris menujukan rekaan panel belakang dengan corak melintang. Dwi-kamera utama pula menggunakan lensa Leica Summarit-H f/1.6+f/1.6. Ini menjadikannya peranti kedua selepas LG V30 dengan lensa f/1.6. Bateri yang digunakan pula sebesar 4000 mAh dan ia mempunyai ketahanan kalis air IP67. Apakah pendapat anda mengenai imej-imej yang tertiris ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd