SKMM Memperketatkan Lagi Proses Pendaftaran Prabayar Untuk Elak Pendaftaran Palsu

SKMM Memperketatkan Lagi Proses Pendaftaran Prabayar Untuk Elak Pendaftaran Palsu

Diterbitkan pada Sep 26, 2017 oleh .

SKMM sebelum ini telah mengumumkan yang mana para pengguna akan memerlukan untuk memasukkan nombor kad pengenalan ketika ingin tambah-nilai – sekaligus mengurangkan pendaftaran prabayar menggunakan info palsu.

Kini, selain daripadanya, SKMM sendiri dilihat memperketatkan lagi proses pendaftaran prabayar.

Proses pendaftaran prabayar telah diperkenalkan sejak 2006 yang lepas di Malaysia – namun, sejak setahun dua kebelakangan ini, kes pendaftaran palsu turut dilakukan oleh beberapa penjual kad SIM.

Kini, menurut SKMM, bermula 1 Januari 2018, proses ini akan lebih diperketatkan untuk mengelak pendaftaran palsu.

Pengguna tempatan yang ingin mendaftar prabayar kelak akan diperlukan untuk memberikan info seperti nama, alamat tetap, nombor kad pengenalan, dan beberapa informasi lain yang mungkin diperlukan. Untuk proses pengesahan alamat, pengguna akan diminta untuk menyediakan bil utiliti seperti air, elektrik, dan sebagainya.

Daftar Prabayar

SKMM turut mengatakan yang mana proses pendaftaran manual menggunakan SMS tidak lagi dibenarkan – sebaliknya proses pendaftaran perlu dilakukan pembaca MyKad, OCR atau Biometrik.

Pada masa yang sama, SKMM turut menekankan yang mana penyedia perkhidmatan perlu menyediakan sebuah portal atau aplikasi khusus untuk memudahkan pengguna menyemak senarai kad SIM yang didaftar dibawah mereka.


TIPS & ULASAN