Cari @ Amanz

Setelah beberapa minggu peranti terkini vivo V7+ diumumkan di pasaran antarabangsa, peranti dengan rekaan hampir semua skrin Vivo V7+ akhirnya dilancarkan di Malaysia. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.99-inci IPS LCD HD+, pemproses Snapdragon 450, memori 4GB RAM dan storan 64GB.

vivo V7+ sekali lagi memfokuskan fungsi selfie seperti versi ‘V’ yang terdahulu. Untuk model terkini, ia menyertakan kamera selfie “24MP” untuk rakaman gambar yang lebih terperinci dan juga lampu LED Flash untuk memberikan pencahayaan yang bagus untuk tujuan ini.

Salah satu pembaharuan yang dibawakan adalah penggunaan paparan FullView yang membawakan bezel tepi yang nipis, memberikan lebih kawasan pandangan terhadap skrin. Ia mempunyai nisbah paparan 18:9 pada skrin bersaiz 5.5-inci dan pada saiz sebegini sehingga 12.5% paparan tersebut lebih luas bagi memaparkan lebih banyak imej, maklumat, aplikasi dan juga permainan.

Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/2.0 manakala kamera hadapan pula sebesar 24-Megapixel f/2.0 dengan sokongan selfie lembut. Ini menjadikannya peranti dengan kamera selfie terbesar pernah dilancarkan setakat ini. Kamera yang besar ini turut menyokong sistem nyahkunci imbasan wajah Face Access.

Fungsi lain yang disertakan ialah pengimbas cap jari dan cip audio khas untuk menikmati audio berdefinisi tinggi. Sistem operasi Android 7.1.1 digunakan dengan pelancar Funtouch OS 3.2. Bateri sebesar 3225 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas.

vivo V7+ akan mula dijual bermula 29 September ini dalam pilihan warna Crown Gold dan Matte Black di semua kedai rasmi mereka pada harga RM1,499. Anda juga boleh membeli peranti ini secara atas talian di Lazada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd