Cari @ Amanz

Huawei Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Nova 2i. Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah sokongan dwi kamera di hadapan, dan dwi-kamera di belakang, sekaligus menjadikan ia mempunyai sejumlah 4 kamera dalam peranti berkenaan.

Huawei Maimang 6

Huawei Nova 2i hadir dengan skrin bersaiz 5.93-inci, dilengkapi paparan 2160×1080 pixel, menggunakan cip pemprosesan Kirin 659, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB.

Pada bahagian hadapan, Huawei Nova 2i menggunakan kamera gabungan 13-megapixel dan 2-megapixel, sementara pada bahagian belakang ia menyertakan kamera 16-megapixel dan 2-megapixel.

Huawei Maimang 6

Disamping itu, Huawei juga menggunakan nama Full View untuk paparan Nova 2i ini, dimana ia hadir dengan rekaan skrin yang menggunakan bingkai bersaiz nipis berbanding yang lain sebelum ini.

Di Malaysia, Huawei Nova 2i akan dijual pada harga RM1299, bermula 13 Oktober 2017 kelak.

Huawei Nova 2i

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd