Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan versi seterusnya untuk perisian pejabat popular mereka, Microsoft Office pada pertengahan kedua 2018 kelak. Ia bakal dikenali dengan nama Office 2019.

Seperti biasa, Office 2019 akan menyertakan Word, Excel, PowerPoint, Outlook, dan beberapa penawaran tambahan yang lain. Microsoft menyasarkan untuk menawarkan pra-lihat untuk perisian ini menjelang pertengahan 2018 kelak. Kita juga akan dapat melihat integrasi menyeluruh dengan awan pada perisian baru ini kelak.

Microsoft menyasarkan untuk berkongsi lanjut mengenai Office 2019 ini dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd