Carian
Instagram Kini Membolehkan Anda Mengawal Siapa Yang Boleh Meninggalkan Komen Pada Gambar Anda
September 26, 2017 Aman

Menjadi kebiasaan pada sesuatu profil awam, sesiapa sahaja yang boleh meninggalkan komen – dan kadang-kala, ia tidak disukai oleh pemilik gambar berkenaan. Instagram sedia menawarkan ciri untuk menutup bahagian komentar pada sesuatu gambar, selain turut menghalang penggunaan perkataan yang ditetapkan pengguna dibahagian komen.

Instagram Comments

Kini, memberi lebih kawalan, Instagram dilihat bakal menawarkan ciri untuk membenarkan siapa yang boleh meninggalkan komen pada gambar anda. Instagram menyediakan empat pilihan, iaitu semua orang, pengguna yang diikuti anda dan pengikut anda, pengguna yang diikuti oleh anda, atau pengguna yang mengikut anda.

Langkah ini akan membuatkan bahagian komen pada Instagram lebih baik, sekaligus mengurangkan lagi komen-komen berbentuk troll.

Ciri ini diperkenalkan oleh Instagram secara berperingkat bermula daripada hari ini.

Komen