Fortnite Battle Royale Kini Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma

Fortnite Battle Royale Kini Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma

Diterbitkan pada Sep 26, 2017 oleh .

Epic Games hari ini telah mula menawarkan permainan Fortnite Battle Royale secara percuma seperti yang dijanjikan mereka, sekaligus membolehkan para pengguna di PC dan PlayStation 4 mula memuat-turunnya sekarang. Epic Games juga akan menawarkan muat-turun untuk permainan ini bagi pemain Xbox One pada hari ini.

Permainan Fortnite Battle Royale ini mengambil inspirasi daripada populariti PUBG. Melaluinya, seramai sekitar 100 orang pemain akan dijatuhkan di suatu lokasi, dan mereka perlu bersaing dengan yang lain untuk menjadi pemain paling akhir di medan berkenaan. Seperti PUBG, kawasan permainan akan terus mengecil dari masa ke semasa.

Bagi anda yang ingin mencuba alternatif untuk PUBG, dan inginkan sebuah permainan percuma untuk dimainkan, mungkin boleh mencuba Fortnite Battle Royale ini hari ini.

Muat-Turun Fortnite Battle Royale untuk PC

Terbitan semula daripada Aksiz


TIPS & ULASAN