Cari @ Amanz

Dyson merupakan salah satu jenama premium untuk kipas, penyedut hampagas dan beberapa peralatan elektronik lain dengan ciri menarik, dan rekaan unik. Kini, selain daripada peralatan elektronik, Dyson mengumumkan mereka bakal hadir dengan kenderaan elektrik menjelang 2020 kelak.

Dyson mengatakan seramai 400 pekerja sedang membangunkan sebuah projek rahsia sejak dua tahun lepas, dan mereka menyasarkan untuk memperkenalkan kenderaan elektrik mereka dengan kuasa bateri menjelang 2020 kelak.

Menariknya juga adalah dimana Dyson mempunyai pelaburan yang tinggi di Malaysia, termasuk pelbagai pengeluaran produk mereka dilakukan di sini. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah bahagian pengeluaran di Malaysia akan memainkan peranan apabila kenderaan elektrik ini dihasilkan dan mula dipasarkan kelak.

Info lanjut mengenai kenderaan berkenaan masih menjadi tanda tanya. Adakah dengan penyertaan Dyson dalam arena kenderaan elektrik, kita akan melihat lebih ramai syarikat lain turut menyertainya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd