Cari @ Amanz

Milk Music merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang telah dilancarkan di Malaysia pada 2015 yang lepas. Berbeza dengan beberapa perkhidmatan penstriman muzik lain, Milk Music ditawarkan sendiri oleh Samsung.

Perkhidmatan penstriman muzik ini ditawarkan secara percuma dengan sokongan iklan, selain turut menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan pada harga langganan RM9.99 sebulan. Ia juga turut hadir dengan ciri seperti 200 stesen radio percuma untuk pengguna dengar berdasarkan genre yang diminati mereka.

Samsung Milk Music

Walaubagaimanapun, dengan arena yang dikuasai oleh Spotify, Milk Music kurang mendapat perhatian. Samsung sendiri telah mula menamatkan penawarannya secara berperingkat dibeberapa buah negara sejak tahun lepas.

Kini, Samsung Milk Music turut telah ditamatkan penawarannya untuk pasaran tempatan. Walaupun aplikasinya masih boleh dimuat-turun melalui Google Play Store, namun pengguna tidak boleh mengakses perkhidmatan berkenaan.

Samsung Milk Music

Menurut laporan dari Yonhap, Samsung dijangka akan menamatkan perkhidmatan Milk Music ini secara sepenuhnya pada 23 Oktober kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd