Twitter Meningkatkan Had Kicauan Ke 280 Aksara Pada Pengguna Tertentu

Twitter Meningkatkan Had Kicauan Ke 280 Aksara Pada Pengguna Tertentu

Diterbitkan pada Sep 27, 2017 oleh .

Bagi yang gemarkan berita hadir dalam format yang pendek dan dibaca dengan pantas, Twitter ialah media sosial yang digemari. Tidak ada karya separuh kajang yang mengambil masa untuk dibaca seperti di Facebook. Ini mungkin akan berubah dalam masa terdekat dengan pengumuman yang dilakukan oleh Twitter pagi ini.

Twitter kini sedang menguji kicauan yang lebih panjang sehingga 280 aksara pada sejumlah kecil pengguna. Menurut Jack Dorsey, ini adalah selepas mendengar maklum balas pengguna yang merasakan had 140 aksara semasa menghadkan mesej yang ditulis. Beliau mengesahkan had 140 aksara ini sebenarnya hanya sekadar mengikut had 160 aksara menghantar SMS.

Kali pertama kami mendengar perancangan meningkatkan jumlah aksara ini ialah pada tahun 2015. Twitter kerap mendengar pendapat pengguna tetapi secara ikhlasnya fungsi yang paling diperlukan ialah kemampuan menyunting kicauan pasca dimuat naik.


TIPS & ULASAN