Carian
Dell XPS 13 Dengan Cip Intel Core Gen-8 Bakal Ke Malaysia Pada Bulan Hadapan
September 27, 2017 Aman

Dell Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka bakal menawarkan komputer riba dengan rekaan premium dan bingkai yang nipis, iaitu Dell XPS 13 dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-8 di Malaysia bermula bulan Oktober kelak.

Dell XPS 13 telah hadir sejak beberapa tahun yang lepas, dimana ia merupakan antara komputer riba dengan rekaan yang cantik dipasaran. Dengan penggunaan bingkai yang nipis, ia sekaligus menjadikan saiz komputer riba dengan skrin 13.3-inci ini lebih kompak berbanding yang lain.

Dell mengatakan melalui penggunaan cip pemprosesan generasi kelapan, ia menawarkan kuasa pemprosesan lebih sehingga 44% berbanding generasi sebelum ini. Bagi anda yang ingin mendapatkan XPS 13, mungkin boleh nantikan sebulan lagi untuk mendapatkan model baru dengan cip lebih berkuasa. Berikut merupakan harga jualannya di Malaysia kelak:

  • i5-8250U, 4GB RAM, 128GB SSD – RM4999
  • i5-8250U, 8GB RAM, 256GB SSD – RM5999
  • i7-8550U, 8GB RAM, 256GB SSD – RM6899
  • i7-8550U, 16GB RAM, 512GB SSD – RM7399
Komen