Cari @ Amanz

Pemacu storan merupakan antara komponen penting dalam komputer dan Western Digital merupakan salah satu jenama yang popular dan baru-baru ini telah memiliki Sandisk untuk menawarkan lebih banyak lagi solusi storan untuk pengguna.

Pada hari ini, mereka telah melancarkan dua produk iaitu WD Blue 3D SSD dan juga Sandisk Ultra 3D SSD. Kedua-dua ini menggunakan teknologi Western Digital 3D NAND yang membolehkan kapasiti lebih besar ditawarkan untuk pengguna, disamping menambahkan ketahanan pemacu tersebut. Kedua-dua pemacu ini hadir pada saiz 2.5-inci/7mm.

Sebagai pemacu SSD, kedua-dua pemacu ini disasarkan untuk kegunaan yang memerlukan storan beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi, sesuai untuk mereka yang ingin menggunakan untuk tujuan gaming, pekerjaan industri kreatif, dan juga perusahaan.

WD Blue 3D NAND SATA SSD tersedia menerusi empat pilihan storan dan harga, iaitu 250GB (RM620), 500GB (RM1,100), 1TB (RM2,100) dan 2TB pada harga RM 3,800. Untuk Sandisk Ultra 3D, terdapat empat pilihan iaitu 250GB (RM640), 500GB (RM1,150), 1TB (RM2,100) dan 2TB (RM3,950). Turut serta adalah jaminan 3 tahun untuk kedua-dua pemacu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd