Saiz RAM Dan Kapasiti Bateri Apple iPhone X Kini Diketahui
September 27, 2017
Apple
Effi Saharudin
Misteri saiz RAM dan kapasiti bateri Apple iPhone X akhirnya terjawab selepas beberapa minggu dilancarkan. Peranti ini telah memasuki laman pensijilan peranti TENAA di China dan mendedahkan rahsianya. iPhone X disahkan mempunyai memori sebesar 3GB RAM dan bateri sebesar 2716 mAh.
Ini adalah saiz RAM yang sama dengan iPhone 8 Plus. Sebagai perbandingan iPhone 8 Plus dilengkapi bateri sebesar 2675 mAh. iPhone 8 pula dilengkapi memori sebesar 2GB RAM dan bateri hanya sebesar 1821 mAh. Tahun lalu iPhone 7 Plus dilengkapi bateri 2900 mAh. Pemproses Apple A11 Bionic dikatakan tidak menggunakan tenaga yang banyak dan oleh sebab itu bateri lebih kecil digunakan tahun ini
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.