Bagi anda yang mengikuti perkembangan peranti mudah-alih keluaran Sony, mungkin perasan akan yang mana rekaan kebanyakkan peranti flagship mereka adalah lebih kurang sama sejak akhir-akhir ini. Sony memanggil kaedah rekaan mereka ini sebagai omnibalance dan menggunakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.
Kini, bercakap mengenai peranti akan datang, wakil Sony di India mengesahkan yang mana peranti flagship akan datang daripada Sony bakal menawarkan rekaan yang berbeza dengan sedia ada.
Info lanjut mengenai peranti dan rekaan akan datang tidak dikongsikan lagi buat masa ini. Namun, dengan trend peranti yang mula menggunakan rekaan nirbingkai, kita mungkin akan dapat melihat sesuatu daripada Sony pada 2018 kelak. Sony biasanya mengumumkan peranti baru mereka sekitar awal Mac atau September setiap tahun.