Hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum Huawei Mate 10 dilancarkan di Munich. Peranti yang menurut Huawei akan mengalahkan Galaxy Note dan iPhone X ini adalah yang pertama dilengkapi pemproses dengan cip kecerdasan buatan Kirin 970. Seperti biasa semakin hampir kepada tarikh pelancaran, rekaannya akan tertiris ke arena web.
Sebelum ini rekaan Huawei Mate 10 tertiris dan pagi ini tiba giliran Huawei Mate 10 Pro pula. Seperti yang anda boleh lihat ia mempunyai rekaan nirbingkai dengan skrin yang diberi nama EntireView Display. Ini adalah jawapan Huwei kepada Infinity Display. FullView Display dan FullVision yang digunakan oleh pesaing.
Skrin melengkung pada kedua-dua sisi dan terdapat dwi-kamera Leica dengan lensa f/1.6 berganda pada bahagian belakang. Dua warna sahaja kelihatan buat masa ini. Adakah Mate 10 akan mengejutkan dunia telefon pintar seperti yang diuar-uarkan Huawei?