Carian
Honor 7X Akan Dilancarkan Pada 11 Oktober
September 28, 2017 Effi Saharudin

Oktober ialah bulan yang sibuk buat Huawei dengan pelancaran beberapa model Mate 10. Pada bulan hadapan, Honor juga tidak akan ketinggalan dan bakal melancarkan model terbaru mereka. Honor 7X disahkan akan dilancarkan pada 11 Oktober ini menurut laman rasmi Weibo. Peranti ini dipercayai akan turut menggunakan rekaan EntireView Display nirbingkai.

Maklumat lain yang diketahui mengenai Honor 7X ialah ia dijana pemproses Kirin 670, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB. Ia turut akan menggunakan Android 7.1 dengan pelancar EMUI 5.1. Bagi peminat peranti Honor yang dijual pada harga lebih mampu milik, pelancaran Honor 7X pastinya amat dinantikan.

Komen