Cari @ Amanz

Cip pemproses keluaran MediaTek ditemui pada peranti harga mampu milik yang dijual di negara membangun. Dengan harga lebih murah, peranti pintar tidak lagi hanya mampu digunakan pengguna yang berada. Di acara Mobile Congress yang berlangsung di India, cip pemproses MediaTek MT6739 dilancarkan.

Cip ini mempunyai empat teras Cortex A53 pada kelajuan 1.5 GHz. Walaupun sebuah pemproses kelas permulaan, MT6739 menyokong dua SIM LTE secara serentak. Panggilan VoLTE turut disokong pada kedua-dua SIM. Selain daripada itu cip ini menyokong paparan skrin 18:9 pada resolusi HD+, memori sehingga 3GB RAM LPDDR3, storan MMC 5, rakaman sehingga 1080P dan kamera 13-Megapixel atau dwi-kamera.

Dengan wujudnya cip MediaTek MT6739, peranti kelas permulaan juga boleh menggunakan dwi-SIM LTE dan menggunakan rekaan semua skrin nirbingkai di masa hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd