Wiko View | View Prime Dilancarkan Di Malaysia – Membawakan Rekaan Hampir Semua Skrin

Wiko View | View Prime Dilancarkan Di Malaysia – Membawakan Rekaan Hampir Semua Skrin

Diterbitkan pada Sep 28, 2017 oleh .

Minggu ini sahaja dua peranti telahpun dilancarkan yang memfokuskan kepada paparan yang memenuhi hampir kesemua bahagian hadapan. Pada hari ini Wiko telah menawarkan siri terbaru mereka dengan paparan skrin luas dengan nisbah paparan 18:9 iaitu Wiko View dan juga Wiko View Prime.

Terdapat dua model siri Wiko View yang ditawarkan iaitu Wiko View dan Wiko View Prime. Wiko View membawakan paparan 5.7-inci 720p, kamera utama 13MP, kamera hadapan 16MP, dengan cip pemprosesan Snapdragon 425 serta 3GB RAM. Kapasiti storan tersedia adalah 32 GB yang boleh ditambah menerusi kad SD-Mikro.

Wiko View Prime pula membawakan spesifikasi paparan yang sama namun membawakan fungsi selfie dwi-kamera pada bahagian hadapan dengan sensor 20MP dan juga 8MP. Kamera utamanya pula mempunyai sensor 16 MP. Antara perbezaan lain termasuklah ia turut menyertakan cip Snapdragon 430 1.4GHz lapan-teras dengan 4GB RAM serta kapasiti storan yang lebih besar iaitu 64GB yang boleh ditambah sehingga 128GB menerusi penggunaan kad Mikro-SD.

Kedua-dua telefon ini akan dijual bermula bulan Oktober ini di seluruh Malaysia, dengan harga RM 899 untuk Wiko View pada tiga pilihan warna, manakala Wiko Prime pula ditawarkan pada harga RM1,199 dengan dua pilihan warna.


TIPS & ULASAN