Apple Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan penawaran iPhone 8 dan iPhone 8 Plus di Malaysia buat masa ini. Namun, hari ini, pihak 11Street telah mula mengumumkan pra-tempahan untuk kedua-dua peranti ini yang turut hadir dengan jaminan rasmi Apple Malaysia selama setahun.
Untuk makluman, hanya set rasmi yang menawarkan jaminan rasmi Apple Malaysia, sementara set import biasanya tertakluk kepada jaminan dari negara jualannya.
Menurut 11Street, iPhone 8 akan dijual pada harga bermula RM3649, sementara iPhone 8 Plus akan dijual pada harga bermula RM4149. Mereka telah memulakan pra-tempahan, dan mengatakan set akan mula dihantar bermula 30 Oktober kelak.
Harga jualan untuk model dan variasi storan berbeza masih tidak diumumkan buat masa ini oleh 11Street. Ia masih menjadi tanda tanya berkenaan harga jualan ini. Buat masa ini, Apple Malaysia masih tidak mengumumkan sebarang harga jualan untuk iPhone 8, termasuk tarikh jualannya yang masih menjadi tanda tanya.