Cari @ Amanz

“Kept you waiting huh?”. Ini ialah baris dialog yang wajib muncul di dalam setiap permainan Metal Gear Solid. Bagi mereka yang masih belum memiliki permainan terakhir di arahan Hideo Kojima Metal Gear Solid V : The Phantom Pain, anda boleh memuat turunnya secara percuma bulan hadapan sekiranya anda memiliki akaun PlayStation Plus.

Selain MGS V, permainan lain yang ditawarkan ialah Strike Vector EX (PS4), Hue (PS4+PS Vita) dan In Space We Brawl (PS4+PS3). Pemegang akaun PlayStation Plus turut boleh membeli permainan Dead Rrising 2 dengan potongan melampau 90%. Kesemua permainan percuma ini akan ditawarkan bermula 5 Oktober sehingga 8 November.

Artikel ini diterbitkan terlebih dahulu di Aksiz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd