Cari @ Amanz

Bagi para pengguna di Lembah Klang, mungkin anda perasan akan dibeberapa lokasi, sudah terdapat penawaran perkhidmatan perkongsian basikal dinamakan oBike. Melaluinya, pengguna boleh melakukan tempahan dan menggunakan basikal untuk sementara waktu ke sesuatu destinasi, dan meninggalkannya di sana.

Perkhidmatan ini semakin popular dari hari ke hari, dimana ia turut ditawarkan di beberapa universiti tempatan, selain di lokasi yang sering dituju ramai.

Terkini, Grab, perkhidmatan menempah kenderaan ke destinasi yang popular di rantau Asia Tenggara dilaporkan telah membuat sedikit pelaburan pada oBike.

Ia tidak diketahui nilai penuh pelaburan ini. Grab dikatakan telah menyertai jumlah pelaburan Series B bernilai $45 juta yang disertai oleh sejumlah pelabur dari seluruh dunia.

Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah perancangan Grab melalui pelaburan pada oBike ini. Mungkinkah kelak kita akan dapat melihat kemudahan untuk meminjam basikal pada aplikasi Grab – lebih kurang seperti pada aplikasi Didi di China?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd