Nokia 3310 3G Dilancarkan Dengan Aplikasi Facebook Dan Twitter Terbina

Nokia 3310 3G Dilancarkan Dengan Aplikasi Facebook Dan Twitter Terbina

Diterbitkan pada Sep 28, 2017 oleh .

Telefon legenda Nokia 3310 dilancarkan semula di Malaysia pada bulan Mei yang lalu. Rekaan ditambahbaik dengan sokongan skrin berwarna serta dilengkapi dengan sebuah kamera. Tetapi peranti tersebut tidak menyokong rangkaian 3G. HMD Global menyedari masalah ini terutamanya di negara yang tidak lagi menyokong rangkaian 2G seperti di Singapura. Oleh itu Nokia 3310 3G telahpun diumumkan.

Dengan model baru ini pemilik boleh melayari web menggunakan Opera dan menggunakan aplikasi Facebook serta Twitter. Peranti masih dilengkapi skrin 2.4″ QVGA dan kamera  2-Megapixel. Storan dalaman meningkat ke 64MB berbanding hanya 16MB sebelum ini. Terdapat sokongan untuk kad mikroSD sehingga 32GB.

Bateri masih lagi dikekalkan ke 1200 mAh. Ini menurut Nokia akan memberikan tempoh perbualan selular sehingga 6.5 jam. Ini adalah penurunan mendadak berbanding hampir 23 pada model sebelum ini. Nokia 3310 3G akan dijual pada harga €69 (~RM 343) sebuah.


TIPS & ULASAN