Kalashnikov Kini Menghasilkan Motosikal Terbang

Kalashnikov Kini Menghasilkan Motosikal Terbang

Diterbitkan pada Sep 28, 2017 oleh .

Kalashnikov ialah syarikat yang menghasilkan raifal yang paling popular di dunia iaitu AK-47. Senjata rekaan Mikhail Timofeyevich Kalashnikov ini dicipta oleh beliau pada tahun 1945 sebagai jawapan kepada raifal automatik STG 44 keluaran Jerman. Kini AK-47 ialah senjata yang dikenali ramai dan amat popular di dalam permainan genre FPS. Kalashnikov sudah meninggal dunia dan syarikat yang menggunakan nama beliau kini Aermenghasilkan motosikal terbang.

Motosikal terbang ini dilengkapi 16 kipas dengan konfigurasi bertingkat seperti sebuah helikopter Kamov. Seorang juruterbang mengawalnya dengan menggunakan dua alat kawalan berbentuk kayu ria. Kami difahamkan motosikal terbang ini menggunakan kuasa bateri sepenuhnya.

Tidak diketahui sama ia direka hanya sebagai prototaip ataupun sebuah platform senjata masa hadapan untuk kegunaan tentera Russia.


TIPS & ULASAN