Carian
Ubuntu Menghentikan Penawaran Imej ISO Sistem Operasi Versi 32-bit
September 28, 2017 Aman

Ubuntu merupakan sistem operasi sumber terbuka yang popular dan mempunyai sokongan daripada ramai komuniti seluruh dunia. Terkini, pembangunnya mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan penawaran versi 32-bit untuk desktop dan pelayan bermula Ubuntu 17.10.

Untuk pengguna sedia ada Ubuntu yang menggunakan versi 32-bit, anda akan terus menerima kemaskini sekuriti seperti biasa sehingga sokongan versi sistem operasi anda tamat.

Langkah ini adalah kerana pelbagai kompuiter moden telah menyokong versi 64-bit yang menawarkan pelbagai ciri-ciri tambahan yang menarik. Malah penggunaan komputer dengan sistem 32-bit juga sangat sedikit dan berkurangan dari hari ke hari. Pihak Ubuntu sendiri telah mula menghentikan pengiklanan penawaran versi 32-bit sejak beberapa minggu lepas, dan tidak menerima sebarang maklumbalas negatif daripada pengguna berkenaan dengannya, selain turut tidak menjejaskan angka muat-turun.

Buat masa ini, hanya Ubuntu sahaja yang mengumumkannya – dan variasi sistem operasi Ubuntu yang menyasarkan komputer lama seperti Xubuntu dan Lubuntu dijangka akan terus menyokongnya buat masa ini.

Komen