Pepijat Pada Kemaskini Windows 8.1 Menghalang Anda Log Masuk Guna Akaun Microsoft

Pepijat Pada Kemaskini Windows 8.1 Menghalang Anda Log Masuk Guna Akaun Microsoft

Diterbitkan pada Sep 28, 2017 oleh .

Walaupun Microsoft telah menawarkan Windows 10 sejak beberapa tahun, namun masih ramai yang aktif menggunakan versi sebelumnya, iaitu Windows 8.1 Terkini, melalui kemaskini baru Windows 8.1 (KB4038792) yang ditawarkan pada bulan September ini sebagai kemaskini sekuriti, ia juga turut membawa sebuah pepijat besar.

Pepijat pada kemaskini berkenaan membuatkan beberapa pengguna tidak dapat log masuk menggunakan akaun Microsoft.

Pihak Microsoft dilihat telah mengesahkan perkara ini melalui laman sokongan mereka. Microsoft sedang melihat kepada masalah berkenaan, dan dijangka menawarkan kemaskini untuk mengatasi pepijat berkenaan.

Namun, tiada latar masa diberikan untuk bilakah kemaskini baru akan ditawarkan oleh Microsoft buat masa ini. Pengguna dinasihatkan menggunakan akaun local untuk sementara waktu sekiranya menghadapi masalah menggunakan akaun Microsoft.


TIPS & ULASAN