Grab Melabur Pada Syarikat Yang Membangunkan Teknologi Swapandu, Drive.ai

Grab Melabur Pada Syarikat Yang Membangunkan Teknologi Swapandu, Drive.ai

Diterbitkan pada Sep 28, 2017 oleh .

Grab, perkhidmatan yang popular dengan penawaran tempahan pengangkutan ke destinasi di rantau Asia Tenggara kini dilihat agak aktif melabur dalam beberapa arena baru pada tahun ini. Selepas mengambil-alih syarikat kewangan digital sebelum ini, turut telah melabur pada syarikat perkongsian basikal, dan kini ia dilihat mereka telah melabur pada sebuah startup yang memfokuskan pembangunan teknologi swapandu.

Syarikat berkenaan, Drive.ai turut menerima suntikan pelaburan daripada beberapa pihak lain selain Grab, menjadikan jumlah pelaburan tersebut mencapai $15 juta.

Drive.ai sebelum ini telah memperlihatkan penawaran sebuah kit khusus yang boleh dipasang pada kenderaan sedia ada, sekaligus memberikan kenderaan tersebut sokongan swapandu. Ini sekaligus membolehkan teknologi swapandu digunakan dengan lebih meluas, dan tidak perlu membeli kenderaan baru lagi.

Dengan pelaburan oleh Grab ini juga, Drive.ai turut akan membuka sebuah pejabat di Singapura.


TIPS & ULASAN