Trailer Terkini Red Dead Redemption 2 Diperlihatkan – Bakal Menemui Peminat Awal 2018

Trailer Terkini Red Dead Redemption 2 Diperlihatkan – Bakal Menemui Peminat Awal 2018

Diterbitkan pada Sep 28, 2017 oleh .

Trailer terkini Red Dead Redemption 2 diperlihatkan sebentar tadi bersama dengan tarikh pelancarannya. Permainan dunia terbuka koboi ini amat dinantikan selepas ia ditangguhkan oleh Rockstar sebelum ini. Dari apa yang dipaparkan, jelas sekali RDR 2 akan meneruskan jalan cerita selepas kematian John Marston.

Apa yang menakjubkan ialah kualiti grafik yang lebih tinggi berbanding permainan dunia terbuka Rockstar sebelum ini Grand Theft Auto 5. Aksi merompak bank dan kereta api kembali bersama juga dengan watak utama yang hanya dikenali sebagai Mr Morgan.

Mini game memburu haiwan dan menangkap kuda juga kembali. Red Dead Redemption 2 akan menemui peminat pada musim bunga 2018 di PlayStation 4 dan Xbox One. Masa untuk menembak menggunakan Dead Eye bakal kembali!


TIPS & ULASAN