Cari @ Amanz

Apple Music merupakan salah satu perkhidmatan penstriman yang bersaing dengan Spotify. Berbeza dengan pelbagai perkhidmatan Apple, untuk Apple Music, ia turut ditawarkan untuk pengguna Android.

Terkini, Apple Music telah pun melangkaui angka 30 juta pelanggan di seluruh dunia, memperlihatkan peningkatan seramai 10 juta pelanggan sejak penghujung tahun lepas.

Apple juga turut menyediakan beberapa kandungan eksklusif pada platform mereka dalam usaha memastikan pengguna melanggan ke perkhidmatan penstriman muzik berkenaan.

Sebagai perbandingan, pada bulan Mac 2017 lepas, Spotify mengumumkan yang mana mereka mempunyai 140 juta pengguna seluruh dunia, dan 50 juta daripadanya adalah pelanggan berbayar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd