Facebook kini mengumumkan sebuah ciri khusus untuk pasaran India, dimana kebolehan untuk mendaftar sebagai penderma darah – sekaligus memudahkan lagi mereka untuk menderma darah untuk yang memerlukan.
Di India, keperluan darah adalah sangat tinggi. Para penderma darah adalah kurang berbanding dengan permintaan – sekaligus membawa kepada pelbagai kesukaran. Dalam memudahkan proses berkenaan, bermula 1 Oktober kelak, pengguna di India boleh mendaftar sebagai penderma darah dengan mudah melalui Facebook.
Sebaik sahaja mendaftar sebagai penderma, seterusnya sekiranya ada keperluan untuk darah di lokasi persekitaran – Facebook akan paparkan notifikasi khusus, sekaligus menghubungkan penderma dengan mereka yang memerlukan.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ciri sama akan diperluaskan untuk pasaran global atau sebaliknya.