Cari @ Amanz

GoPro hari ini telah melancarkan kamera aksi terbaru mereka, iaitu GoPro Hero 6 Black. Secara kasar, ia menawarkan rekaan yang lebih kurang sama seperti Hero 5, tetapi menawarkan sokongan rakaman yang lebih baik, serta pemprosesan lebih berkuasa yang direka khusus untuknya.

GoPro Hero 6

GoPro Hero 6 Black hadir dengan kamera 12-megapixel yang boleh merakamkan gambar dalam bentuk JPG atau RAW, selain turut menawarkan kebolehan rakaman video pada resolusi 4K pada kadar 60fps. Disamping itu, ia kini turut menawarkan keupayaan merakamkan video pada resolusi 2.7k pada kadar 120fps, serta pada resolusi 1080p pada kadar 240fps. Dengan keupayaan tersebut, secara tidak langsung membolehkan pengguna merakamkan video dan menyuntingnya untuk paparan gerak perlahan yang cantik.

GoPro turut mengatakan mereka kini menggunakan cip pemprosesan yang direka khusus untuk membolehkan pemprosesan gambar dan rakaman yang dihasilkan adalah cantik. GoPro memanggil cip pemprosesan baru ini sebagai GP1. Melengkapkan ia juga adalah integrasi WiFi 5Ghz untuk pemindahan gambar dengan lebih laju – sehingga tiga kali ganda berbanding sebelumnya.

GoPro Hero 6 Black ini turut hadir dengan sokongan lain popular seperti kalis air, dan tahan lasak melaluinya.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai GoPro Hero 6 Black ini dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd