GoPro Hero 6 Black Kini Di Malaysia Pada Harga RM2399

GoPro Hero 6 Black Kini Di Malaysia Pada Harga RM2399

Diterbitkan pada Sep 29, 2017 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman pengenalan GoPro Hero 6 Black secara rasmi pada awal pagi tadi, kini pengedar GoPro di Malaysia telah pun mengumumkan penawaran kamera aksi berkenaan untuk pasaran Malaysia.

GoPro Hero 6 Black yang hadir dengan kamera 12-megapixel dengan keupayaan merakamkan video 4k pada kadar 60fps ini ditawarkan pada harga RM2399.

GoPro Hero 6 Black menawarkan keupayaan merakamkan gambar dalam bentuk JPG atau RAW, selain turut menawarkan kemudahan untuk merakamkan video 1080p pada kadar 240fps.

Ia kini turut menggunakan cip pemprosesan tersendiri yang dinamakan sebagai GP1 untuk menawarkan pemprosesan gambar yang lebih pantas dan cantik, selain sokongna WiFi 5GHz untuk pemindahan gambar.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kedai berdekatan anda, dan mendapatkan kamera aksi ini hari ini.


TIPS & ULASAN