Elon Musk Ingin Membawa Anda Kemana-mana Destinasi Di Bumi Dalam Masa Kurang Sejam

Elon Musk Ingin Membawa Anda Kemana-mana Destinasi Di Bumi Dalam Masa Kurang Sejam

Diterbitkan pada Sep 29, 2017 oleh .

Elon Musk sebelum ini sedia mengetengahkan idea untuk menghantar manusia ke planet Marikh, selain pada masa yang sama menjimatkan perbelanjaan eksplorasi angkasa dengan membangunkan roket yang boleh digunakan semula.

Kini, selain daripadanya, Elon Musk turut hadir dengan idea baru untuk membolehkan manusia pergi ke sebarang lokasi di Bumi dalam masa kurang sejam.

Pada hari ini, terdapat beberapa perjalanan yang mengambil masa hampir sehari untuk ke destinasi. Sekiranya masa kurang sejam berkenaan dapat dicapai, ia sekaligus akan memberikan lebih kemudahan untuk manusia pergi kemana-mana dengan pantas.

Elon Musk ingin menjayakan ia dengan menggunakan roket yang dilancarkan ke orbit, dan kemudian menuju ke destinasi dengan pantas. Elon Musk memperlihatka ia dengan menggunakan sebuah hab pelancar yang diletak di tepi pantai.

Buat masa ini, ia hanya sekadar konsep teori sahaja. Tetapi Elon Musk ingin SpaceX membangunkan roketnya dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN