Cari @ Amanz

Huawei hari ini telah mengeluarkan sebuah teaser ringkas untuk telefon pintar akan datang mereka, iaitu Huawei Mate 10. Melaluinya, mereka menekankan kepada ciri-ciri kecerdasan buatan, dan mengatakan “ia adalah bukan telefon pintar”, tetapi ia adalah sebuah “mesin yang cerdas”.

Huawei menggunakan label baru ini untuk menekankan kepada ciri kecerdasan buatan yang hadir terbina pada telefon pintar berkenaan. Malah, Huawei telah mengumumkan cip Kirin 970 yang turut hadir dengan sokongan kecerdasan buatan melalui NPU (Neural Processing Unit).

Huawei melalui video acah sama mengatakan ia boleh berfikir, dan belajar seperti kita. Huawei bakal melancarkan telefon pintar ini pada pertengahan Oktober ini, dimana ia turut dijangka hadir dalam variasi Pro dengan rekaan nirbingkai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd