Cari @ Amanz

Pada iOS 11, Apple telah memperkenalkan sebuah aplikasi baru yang dinamakan Files. Melaluinya, pengguna boleh mengakses pelbagai dokumen dan fail mereka dengan mudah daripada satu lokasi – tidak kira fail atau dokumen yang disimpan pada peranti mereka, atau pada perkhidmatan awan seperti iCloud, Dropbox dan sebagainya.

Ketika pengenalan iOS 11 beberapa minggu lepas, sokongan untuk Google Drive masih tidak disertakan pada aplikasi Files ini. Namun, melalui kemaskini baru yang ditawarkan hari ini oleh Google, akhirnya Google Drive untuk iOS kini turut menyertakan sokongan untuk aplikasi Files.

Kini, pengguna peranti iOS boleh menggunakan aplikasi Files pada iOS 11, dan mengakses pelbagai dokumen daripada Google Drive dengan mudah melaluinya.

Bagi anda yang menggunakan Google Drive, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan menggunakan kelebihan yang ditawarkan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd