Sejak dari tahun lalu Celcom telahpun menawarkan cara termudah untuk memiliki telefon pintar terkini iaitu EasyPhone daripada Celcom. Pengguna hanya perlu membuat bayaran bulanan pada harga yang rendah dan mampu dibayar. Terkini, mereka telahpun menawarkan Samsung Galaxy Note8 pada kadar RM 115 sebulan.
Telefon Samsung Galaxy Note8 merupakan telefon flagship terkini dari Samsung, yang memfokuskan kepada kategori phablet, penggunaan S-Pen, cip pemprosesan yang lebih pantas serta dilengkapkan dengan paparan Infinite Display yang memberikan sudut pandang yang lebih baik, dan juga merupakan peranti pertama Samsung yang membawakan penggunaan Dwi-Kamera yang menyokong penstabil imej optikal.
Samsung Galaxy Note8 Dijual pada harga RM 3,999 dan mungkin ia satu nilai yang agak besar. Namun apabila anda membeli melalui Celcom, harga pemilikan peranti adalah lebih mampu milik dan anda hanya perlu membayar ansuran serendah RM 115, bergantung kepada pelan Celcom yang anda gunakan. Jika anda menggunakan Celcom FIRST Platinum Plus, anda akan membayar pada harga RM 115 manakala jika anda menggunakan pelan FIRST Gold Plus, bayaran bulanan adalah sebanyak RM 98.
Seperti peranti lain yang ditawarkan menerusi program EasyPhone, anda juga boleh menambah RM 35 untuk perlindungan peranti. Perlindungan peranti ini turut merangkumi kes kecurian dan ragut, kes pecah rumah, kemalangan peranti secara tidak sengaja. Malah Celcom juga akan datang ke lokasi anda bagi mengambil peranti yang mengalami kerosakan tersebut dan menggantikannya.
Anda boleh mendaftar untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note8 di mana-mana cawangan rasmi Celcom dan juga Bluecube. Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran ini, layari laman rasmi mereka sekarang.
Penafian: Advertorial Dari Celcom