HMD Global Ingin Menawarkan Kemaskini Android P Untuk Semua Telefon Pintar Nokia

HMD Global Ingin Menawarkan Kemaskini Android P Untuk Semua Telefon Pintar Nokia

Diterbitkan pada Okt 1, 2017 oleh .

HMD Global pada tahun ini telah memperkenalkan beberapa telefon pintar baru dibawah jenama Nokia, termasuk Nokia 3, Nokia 5, Nokia 6 dan juga Nokia 8. Buat masa ini, mereka dalam persiapan untuk memperkenalkan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk semua peranti berkenaan, dan dijangka diperkenalkan sekitar penghujung tahun ini.

Selain daripada kemaskini Android 8.0 Oreo, pada pelancaran peranti berkenaan di Filipina, pihak HMD Global turut mengumumkan yang mana mereka ingin menawarkan kemaskini Android P untuk semua peranti berkenaan.

Android P merupakan versi Android seterusnya yang dijangka dilancarkan oleh Google sekitar September 2018 kelak. Apakah ciri baru dan sebagainya masih tidak diketahui lagi.

Dengan komitmen kemaskini dua versi besar untuk peranti Nokia, ia mungkin serba sebanyak memberikan kesan ke atas pemilihan telefon pintar baru anda kelak. Walaubagaimanapun, tidak terlupa juga kadang-kala pengeluar mengatakannya dalam menarik pembeli, tetapi pada waktu akhir tidak menawarkan kemaskini yang dijanjikan.

Seperti biasa, sama-sama kita lihat pada tahun 2018 kelak, sama ada peranti Nokia sedia ada akan menerimanya ataupun tidak.


TIPS & ULASAN