Carian
Huawei Mate 10 Pro Diperlihatkan Dalam Gambar Tertiris
October 1, 2017 Aman

Huawei bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka pada pertengahan Oktober ini, dan kini seperti biasa, pihak @evleaks telah berkongsi gambar pengolokkan untuk Huawei Mate 10 Pro.

Daripada gambar yang dikongsikan, ia memperlihatkan yang mana Huawei Mate 10 Pro hadir dengan dwi-kamera belakang menggunakan lensa Leica Summilux-H 1:1.6/27.

Pada bahagian hadapan pula, ia menawarkan rekaan nirbingkai, dan turut menyertakan sebuah logo dihadapan. Peranti ini turut dijangka menggunakan Kirin 970 yang hadir menggunakan rekaan 10nm.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai Huawei Mate 10 Pro dalam beberapa minggu lagi.

Komen