Cari @ Amanz

Peranti bar sahaja dijual seminggu tetapi sudah tular di media sosial insiden dua iPhone 8 Plus yang mengalami masalah bateri menggelembung. Di dalam insiden pertama di Taiwan, seorang pengguna mendakwa skrin iPhone 8 Plus beliau tercabut dari kerangka kerana bateri yang menggelembung. Kejadian berlaku ketika peranti dicas menggunakan pengecas rasmi Apple.

Insiden kedua pula berlaku di Jepun apabila pembeli membuka kotak produk. Skrin iPhone 8 Plus beliau sudahpun tercabut kerana bateri menggelembung sebelum sempat digunakan. Pihak Apple sudah mula menyiasat kedua-dua insiden ini bagi memastikan ia adalah insiden terpencil dan bukannya masalah besar yang boleh menyebabkan peranti ditarik dari pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd