Rekaan Tablet Lumia 2020 Yang Dibatalkan Tertiris

Rekaan Tablet Lumia 2020 Yang Dibatalkan Tertiris

Diterbitkan pada Okt 2, 2017 oleh .

Terdapat pelbagai produk yang hanya wujud dalam bentuk prototaip. Dengan Microsoft tidak lagi memberikan tumpuan kepada peranti mudah alih, terdapat banyak produk yang akhirnya tidak sempat memasuki pasaran. Terkini peranti tablet Lumia 2020 tertiris menerusi laman WindowsCentral.

Tablet ini mempunyai rekan tubuh polikarbonat yang merupakan rekaan yang biasa dilihat pada telefon pintar Lumia semua ini. Bonjolan kamera pada bahagian belakang mengingatkan kami kepada rekaan Lumia 1020. Malahan lensa Carl Zeiss digunakan pada tablet ini. Dari segi rekaan ia dilengkapi skrin 8.3″ HD penuh, pemproses Snapdragon 800. memori sebesar 2GB RAM dan storan 32GB. Kamera yang digunakan pula adalah 19-Megapixel Pureview. Menarik sekali ia menggunakan sistem operasi Windows RT dan bukannya Windows Mobile.


TIPS & ULASAN