(Ura-Ura) Huawei Mate 10 Akan Mempunyai Dok Khas Seperti Samsung Dex

(Ura-Ura) Huawei Mate 10 Akan Mempunyai Dok Khas Seperti Samsung Dex

Diterbitkan pada Okt 2, 2017 oleh .

Huawei telah mengeluarkan imej acah yang mengatakan Mate 10 bukan sebuah telefon pintar. Ini memberikan petunjuk phablet mereka ini mempunyai kemampuan yang tidak hanya terhad kepada sebuah telefon pintar. Kini maklumat mengenai fungsi seakan desktop mungkin akan disokong oleh Mate 10.

Ini disahkan oleh Yanis Anteur, CEO MirAxess yang menghasilkan komputer riba Mirabook. Beliau dipetik oleh laman Gearburn mengatakan peranti terkini Huawei akan mempunyai fungsi seakan Samsung Dex sekaligus mempunyai antaramuka seakan desktop. Ini tidak mengejutkan kerana Huawei telah sekian lama mengatakan Huawei Mate 10 adalah peranti yang melangkaui kemampuan Galaxy Note 8 yang turut menyokong Dex.

Adakah dengan kemampuan seakan Dex dan Continuum ini akan membuatkan anda lebih teruja untuk memiliki Huawei Mate 10.


TIPS & ULASAN