Paint.net Kini Ditawarkan Melalui Windows Store – Tetapi Secara Berbayar

Paint.net Kini Ditawarkan Melalui Windows Store – Tetapi Secara Berbayar

Diterbitkan pada Okt 2, 2017 oleh .

Paint.net merupakan salah satu penyunting gambar popular untuk pengguna Windows, dan ia ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna sejak sekian lama. Menggunakannya, pengguna boleh membuat penyuntingan pada gambar mereka, bukan sekadar penyuntingan asas, tetapi turut menyokong layers, kesan khas, dan pelbagai ciri-ciri menarik lain.

Sehingga kini, ia ditawarkan melalui web mereka untuk dimuat-turun, tetapi kini pembangunnya turut telah mula menawarkan ia melalui Windows Store. Walaubagaimanapun, melalui Windows Store, ia ditawarkan secara berbayar.

Paint

Langkah penawaran melalui Windows Store ini mungkin memudahkan pengguna menerima kemaskini semasa dengan mudah, selain turut menyasarkan pengguna Windows 10 S dan juga perusahaan.

Pembangunnya mengambil bayaran untuk aplikasi Paint.net ini sebagai ganti untuk sumbangan yang dilakukan melalui web rasmi mereka.

Buat masa ini, ia ditawarkan pada harga diskaun RM19.50 melalui Windows Store, dan akan berubah kepada harga asal RM35 pada November kelak.

Muat-Turun Paint.net melalui Windows Store


TIPS & ULASAN