Sony Mengumumkan Model Playstation VR Baru – Mempunyai Fon Telinga Terbina

Sony Mengumumkan Model Playstation VR Baru – Mempunyai Fon Telinga Terbina

Diterbitkan pada Okt 2, 2017 oleh .

Sony Interactive Entertainment Japan Asia hari ini telah mengumumkan set realiti-maya Playstation VR model terbaru iaitu CUH-ZVR2. Ia merupakan kemaskini buat model Playstation VR yang telah dilancarkan dan dijual sejak tahun lepas.

Model terbaru ini turut mempunyai kabel yang lebih ringkas dan kecil, selain disertakan bersama dengan fon telinga stereo yang terbina di Playstation VR tersebut. Sony juga menyatakan, Playstation VR model terbaru tersebut kini mempunyai sokongan HDR. Dengan fungsi ini, pengguna tidak lagi perlu untuk membuka dan menukar kabel jika ingin menggunakan fungsi HDR.

PS VR

PSVR terbaru ini juga tidak menyokong kabel kuasa lama, sebaliknya ia menawarkan rekaan kabel yang berbeza. Walaubagaimanapun, segala permainan dan fungsi asas realiti-maya boleh digunakan secara bersama.

Menurut Sony, fon kepala ini bakal dilancarkan di Jepun pada 14 Oktober ini bersama dengan Playstation Camera pada harga 44,980 yen(~RM1685). Buat pasaran global, Sony masih lagi belum mengumumkan sebarang kemaskini bagi model Playstation VR.

Artikel ini telah diterbitkan terlebih dahulu di Aksiz.


TIPS & ULASAN