Gambar Tertiris Pixel 2 Memperlihatkan Rekaan Launcher Baru

Gambar Tertiris Pixel 2 Memperlihatkan Rekaan Launcher Baru

Diterbitkan pada Okt 3, 2017 oleh .

Google bakal mengadakan sebuah acara media pada minggu ini, dimana mereka dijangka melancarkan telefon pintar dibawah siri Pixel yang baru.

Dikenali sebagai Google Pixel 2 dan juga Pixel 2 XL, kedua-duanya dijangka mengekalkan beberapa elemen rekaan seperti sebelum ini, tetapi dengan sedikit kemaskini. Pixel 2 XL dijangka menawarkan rekaan bingkai yang sedikit nipis, sementara Pixel 2 hadir dengan rekaan bingkai yang seperti biasa seperti sebelum ini. Ia juga kini dilihat membawakan pembesar suara dihadapan untuk memudahkan anda menikmati audio dengan mudah.

Google Pixel 2

Selain rekaan peranti, Google juga dilihat memberikan sedikit nafas baru pada antaramuka launcher telefon pintar berkenaan. Kini, ia memaparkan teks temujanji pada bahagian atas, sementara bar carian diposisikan pada bahagian bawah atas butang navigasi.

Google sebelum ini sendiri telah menawarkan antaramuka yang sedikit berbeza untuk peranti Pixel, dan mungkin dengan Pixel 2, mereka kini hadir dengan rekaan antaramuka yang serba baru.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman pada minggu ini untuk mengetahui lanjut mengenainya.


TIPS & ULASAN