oBike Mengemaskini Harga Perkongsian Basikal – Kini Bermula 50 sen Untuk 30 Minit

oBike Mengemaskini Harga Perkongsian Basikal – Kini Bermula 50 sen Untuk 30 Minit

Diterbitkan pada Okt 3, 2017 oleh .

oBike merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian basikal, dimana pengguna boleh membuat langganan melalui aplikasi khusus, dan seterusnya menggunakan basikal yang tersedia untuk ke lokasi yang diinginkan mereka.

Sebelum ini, oBike ditawarkan pada harga RM2 untuk setiap 30 minit, serta memerlukan deposit sebanyak RM129 untuk menggunakannya. Kini, mereka mengemaskini harga berkenaan, dan menjadikan ia lebih murah.

oBike kini ditawarkan pada harga RM0.50 untuk setiap 30 minit, sementara untuk deposit pula, ia memerlukan sebanyak RM69. Untuk pelajar pula, kini anda hanya perlu membayar deposit sebanyak RM29 berbanding RM79 sebelum ini.

Langkah ini dijangka mengalakkan lagi lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan perkongsian basikal, sekaligus mengurangkan pencemaran dan menjadikan pengguna lebih sihat. Ia juga semestinya menguntungkan para pelajar yang menggunakan oBike dalam kampus untuk ke fakulti dan sebagainya.

Untuk anda sendiri, pernahkah anda menggunakan oBike?

Layari : oBike


TIPS & ULASAN