Samsung Gear Fit 2 Pro Tidak Boleh Digunakan Pada iPhone Kerana Aplikasi Belum Diluluskan Apple

Diterbitkan pada Okt 3, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Gear Fit 2 Pro baru sahaja dilancarkan di IFA Jerman dan adalah model kemaskini kepada Gear Fit 2 tahun lalu. Perubahan dilakukan pada rekaan tali dan fungsi menjejak aktiviti renang. Ketika dilancarkan Samsung mengatakan peranti pengesan kesihatan ini boleh digunakan pada peranti Android dan iOS.

Samsung Gear Fit2 Pro

Namun sehingga kini ia tidak boleh ditambat pada peranti iOS. Pengguna iPhone yang membeli Gear Fit 2 Pro kini mula merungut. Menurut Samsung aplikasi untuk peranti ini masih belum diluluskan oleh Apple untuk diterbitkan di App Store. Tiada sebab diberikan mengapa ia masih belum diluluskan sehingga kini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami