Utaet – Mikrofon Yang Membolehkan Anda Menyanyi Tanpa Membuat Bising

Utaet – Mikrofon Yang Membolehkan Anda Menyanyi Tanpa Membuat Bising

Diterbitkan pada Okt 3, 2017 oleh .

Kita adalah orang Asia dan antara tabiat orang kita ialah menyanyi. Pergi sahaja ke kenduri pernikahan, pasti ada sesi “menunjukkan bakat” nyanyian tanpa dipinta. Di rumah anda mungkin ada seorang teman yang menyanyi dengan kuat memikirkan suara mereka sedap didengari tetapi sebenarnya boleh telinga bernanah. Untuk mereka mungkin anda boleh hadiahkan Utaet Voice Training Silent Karaoke Microphone.

Utaet ialah “mikrofon” yang meredam bunyi bising nyanyian tetapi masih membenarkan anda mendengar suara kerana ia mempunyai fon telinga terbina. Menurut pereka Utaet, bunyi bising boleh dikurangkan sehingga 70 peratus. Kini anda boleh menyanyi tanpa menimbulkan kejengkelan teman serumah. Tidak mengejutkan Utaet direka di negara Jepun dan dijual pada harga Yen 4,298 (~RM 161) sebuah.


TIPS & ULASAN