WhatsApp Mula Memperkenalkan Penggunaan Rekaan Emoji Baru

WhatsApp Mula Memperkenalkan Penggunaan Rekaan Emoji Baru

Diterbitkan pada Okt 3, 2017 oleh .

WhatsApp Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan popular, digunakan lebih 1 bilion pengguna seluruh dunia. Melaluinya, selain penggunaan teks untuk menghantar dan menerima mesej, ramai juga yang turut berkomunikasi menggunakan emoji.

Terkini, bermula hari ini, WhatsApp telah mula memperkenalkan penggunaan rekaan emoji baru pada perkhidmatan permesejan mereka.

WhatsApp Emoji

Secara kasar, anda mungkin tidak perasan akan perubahan yang dibawakan oleh emoji-emoji baru ini. Menariknya, kemaskini baru ini juga turut menyertakan sokongan emoji baru yang telah diumumkan beberapa bulan lepas.

Buat masa ini, WhatsApp mengujinya pada peringkat beta, dan mungkin memperkenalkan ia kepada semua dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN